Saturday 24 December 2011

Merit nak stay kolej .

Kelmarin dan semalam, iaitu 22 serta 23 disember 2011, telah berlangsngnya Hari Mesra Kolej 13.
Tentatif utama majlis ini adalah mengesahkan merit setiap pelajar. Merit yang dikumpul penting untuk memastikan para pelajar `stay` dalam kolej pada semester yang akan datang memandangkan persaingan semakin tinggi ekoran penambahan bilangan pelajar saban tahun. Berlangsung di Dewan Endromeda Kolej 13, kesemua individu turun, bagi meminta serta `certified` merit daripada Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM).

 Majlis terbahagi kepada dua sesi  ;
         sesi 1 : 8.00 pm ~ 9.30 pm (bagi pelajar siswi)          
         sesi 2 : 9.30 pm ~ 11.00 pm (bagi pelajar siswa)         

   Situasi agak celaru di dalam dewan. Walaubagaimanapun, disiplin masih diterapkan kerana kesemuanya beratur menunggu giliran. Setiap aktiviti yang disertai di peringkat Kolej, Fakulti, Universiti, dan Kebangsaan haruslah ditulis sendiri di dalam buku merit berkenaan. CGPA daripada peperiksaan  antara penyumbang terbesar merit iaitu :
 CGPA 3.00~ 4.00                                                          12 point     
 GPA Kepujian Dekan                                                     15 point     
 Pemegang Anugerah Akademik Peringkat Fakulti/Kolej   18 point     
  Pemegang Anugerah Akademik Peringkat Universiti          20 point    
 
    Penglibatan aktif dalam Sekretariat juga membolehkan para pelajar mendapat point yang tinggi.Pada masa yang sama, sukan juga penting. Hari Mesra disebalik namanya itu, aku fikir ianya dicetuskan kerana ingin mengeratkan lagi hubungan kemesraan antara pelajar kolej 13 dengan para MTM khususnya. Sesuai dengan slogan K13, Selesa, Ceria dan Cemerlang. Akhir kata majulah Kolej 13~~~

No comments:

Post a Comment