Perasaan?. Aku tak pasti kenapa jadi begini. Bercampur-baur jadinya. Gembira itu sudah pasti kerana Sem 2 dah habis. Resah dan Stress sentiasa menanti memikirkan Final yang bakal kuhadapi. Hmm, sedih juga menyelubungi diri. Perlukah sedih?. Banyak kenangan dan liku kehidupan yang telah kutempuhi selama ini. Kupasti ianya sangat berguna dalam masa kedewasaan ini. Saban hari, diri menghampiri mati. Ku harus perjelas matlamat sebenar hidup demi kesejahteraan hakiki. Masa tak dapat diputar kembali. Ya, benar. Aku perlu membaiki akhlak dan peribadi diri.
Singkap kembali. Sepanjang tempoh tiga bulan lebih ini, pelbagai ilmu telah kupelajari.Assignment, Kuiz, Tutorial dan presentation dah takde lagi. Jadi, ingin sekali ku ambil kesempatan ini merakamkan Setinggi penghargaan buat kesemua lacturerku yang baik hati lagi berdedikasi. Doaku agar kalian berbahagia sentiasa mengiringi, khas buat ; En.Ismail Omar, En Zolkafle, Puan Suriah, Sir Saiful, Dr Mahdi dan Dr Khalid. Senyuman dan karenah kalian di dalam kelas akan diingati kami, itu sudah pasti. Semester depan akan temui wajah baharu yang belum kami kenali. InsyaAllah, akan menjadi lecturer kegemaran kami.
Akhir sekali, berilah Markah Tinggi bila tanda paper Final nanti. hihi.
Akhir sekali, berilah Markah Tinggi bila tanda paper Final nanti. hihi.
Imtihan tak lama lagi, so buatlah Ulangkaji.. haaa. Kejayaan tak akan datang dengan sendiri.Setiap usaha pasti ada ganjaran yang akan diperolehi. Itulah hakikat yang aku sedari selama ini.
STRADA De SUCCESSO !!. Wish U all the Best. ~the end~
STRADA De SUCCESSO !!. Wish U all the Best. ~the end~
No comments:
Post a Comment