Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan nikmat bernafas dan iman untuk menjalani kehidupan sehari-hari di dunia ini. Masa silam adalah perkara yang semakin jauh daripada kita. Pensyarah Biologi aku sebentar tadi mengingatkan bahawa usia muda haruslah digunakan sebaik yang mungkin. Beliau berdialog lagi ;
" Apabila kamu sudah tua nanti, memandang belakang seolah-olah seperti semalam, "
"kamu harus ingat, masa muda adalah zaman paling bermakna dan usah sia-siakannya."Berfikir tentang perihal tersebut, aku rasa selama ini masaku banyak dibazirkan begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk kebaikan masa hadapan. Kini, tinggal beberapa hari sahaja lagi (yang boleh dihitung oleh jari-jemari) menjelangnya peperiksaan akhir semester kedua Asper 2011/2012. Kelalain yang selama ini membuai hidupku menyebabkan pemikiran ini semakin kelam. Aku sedar bahawa sikap harus diperbaiki demi menggapai kegemilangan insaniah dan membentuk peribadi mulia. Kedewasaan ini, menjadikan aku semakin alpa terhadap tujuan hidup yang sebenarnya.
Doakan kejayaan aku dalam menempuh masa hadapan. insyaAllah.
No comments:
Post a Comment