Malam Tunas Putra merupakan satu majlis yg begitu sinonim dalam kalangan warga UPM. MTP diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam diri pelajar tahun satu khususnya. MTP sudah berlangsung selama berbelas-belas tahun lamanya dengan mengetengahkan pelbagai tema yg menarik diilhamkan oleh unit kebudayaan UPM sendiri. Sebagai contoh, tema MTP pada edisi kali ini ialah, berkonsepkan Cerita Rakyat seperti Pak Pandir, Batu belah batu bertangkup, Si Tanggang, Lebai Malang dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, MTP 2012 turut diwarnai dengan tarian Boriah. huhu.
Kesemua kolej berentap bagi mendapatkan tempat pertama. Syaratnya, gabungan dua kolej menghasilkan sebuah kumpulan bagi mendaftar sebagai satu kumpulan. Antara gandingan kolej yg ditetapkan pada MTP 2012 adalah seperti berikut :
Kolej Muhammad Rashid (KMR) & Kolej 13
Kolej Sepuluh & Kolej Sebelas
Kolej Tun Perak (KTP) & Kolej Kedua (K2)
Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) & Kolej Kelima (K5)
Kolej Tujuh belas (K17)
Kolej canselor (KC) & Kolej Keenam (K6)
Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) & Kolej Sultan Aleauddin Sulaiman Shah (KOSASS)
K16 & K14
K15 & K12
http://www.youtube.com/watch?v=sAy5ktXIFHU&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=vfFNanpbeCg
http://www.youtube.com/watch?v=A7oHN9yxByg&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=bZLo_ssB8RE&feature=relmfu
Inilah antara video yg sempat dirakamkan.
Secara kasarnya, keputusan yg diadili oleh juri menyaksikan :
Johan : K13 & KMR
N. Johan : K17
Ketiga : KPZ & K5
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak manfaat mengikut pandangan saya.
No comments:
Post a Comment