Semenjak 2/9/2012, bergelarlah aku seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yg diketogerikan dalam kelompok pra-siswazah. Dengan berbekalkan keazaman yg tinggi bak gununug Kinabalu, akan kupastikan segulung ijazah kelas pertama kubawa pulang 4 tahun lagi. Pada masa yg sama, aku inginkan sesuatu perubahan drastik terhadap diriku dalam pelbagai aspek kemahiran insaniah (KI).
Kejuruteraan, ada yg memandang kos ingin sesuatu yg berat dan ada juga yg beranggapan sebaliknya. Mengikut fakta yg dilontarkan daripada para lecturer, peluang pekerjaan semakin kurang bagi bakal-bakal Jurutera selepas bergraduat. Ini disebabkan kelambakkan individu di seluruh IPTA mahupun IPTS dan kolej-kolej swasta sudah mengikuti kos `Engineeering' ini. Walau bagaimanapun, jika ada rezeki, peluang pekerjaan itu sentiasa menanti. Lagi pula kos aq (Kej. Pertanian dan Biosistem) agak 'rare' dalam Malaysia ini sendiri jikalau hendak dibandingkan dengan mechy, chemical, civil n etc.
Hmmm, baiklah, aq akan beralih kepada tujuan utama post kali ini yang berkisar tentang orientasi kami dalm tempoh seminggu. Bagi aku, orientasi sebagai pelajar degree agak seronok daripada sudut pengisiannya, jika ingin dibandingkan dengan orientasi sewaktu Asasi dahulu. Pada asalnya, aku ditempatkan di kolej 10, akan tetapi berpindah ke kolej Tun Perak bagi mengikuti Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS). Di Kolej Tun Perak atau nama ringkasnya KTP, fasilitator amat peramah dan sangat baik.
Orientasi Universiti melibatkan byk pengisian bermanfaat antaranya majlis ikrar pelajar baharu, ceramah integriti, ceramah keusahwanan dan byk lagi. Sewaktu berkumpul di Dewan Besar, menyaksikan hampir 4000 org pelajar baharu bersorak bagi mewakili kolej masing-masing yang kesemuanya berjumlah 17. Bulu roma seakan-akan berdiri, apabila menyaksikan situasi sedemikian yang agak meriah walaupun secara kasarnya nampak macam huru-hara dan caca marba. huh~~
Inilah sedikit potret yang bisa menjadi bingkisan kenangan sebagai pelajar baharu UPM sesi 2012/2013 :
pelajar2 puteri KTP
suasana hari pendaftaran
wajah2 Fasilitator
kaum keluarga menghantar dgn pnuh hrapan
wajah ceria siswa baharu
Hari angkat sumpah pelajar baharu
siswi memakai pashmina
wajah penuh kesungguhan
apabila sudah tidak than mengantuk
keadaan di luar dewan
ketika waktu malam berhimpun di Dewan
Itu sahaja yang inginku ceritakan. Memori yg terclit di ingatan ini pasti tidak akan terpadam kerana ianya merupakan memori indah dan manis yg boleh diceritakan kpada anak cucu suatu hri nnt.
Itu sahaja yang inginku ceritakan. Memori yg terclit di ingatan ini pasti tidak akan terpadam kerana ianya merupakan memori indah dan manis yg boleh diceritakan kpada anak cucu suatu hri nnt.
*thumbs up to secretariat ICT of Kolej Tun Perak >Pictures resource
No comments:
Post a Comment