Wednesday 28 November 2012

Minggu Keselamatan & Kesihatan

Hi,, Salam sejahtera buat semuanya,
   
       Baru-baru ini, telah berlangsungnya Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UPM 2012.
Aq sempat melibatkan diri pada hari terakhir upacara penutupan Majlis ini yang diadakan di dewan OSHA (Fakulti Pertanian lama). Kehadiranku ke sana turut disertai oleh rakan-rakanku Skuad 8, beserta beberapa orang senior daripada Skuad 6 & 7.

      Pada Majlis ceramah keselamatan Jalan raya sebelum berlangsungnya upacara penutupan tersebut, keadaan dilihat begitu hambar dek kerana kekurangan orang untuk memenuhi barisan kerusi yang diatur cantik.. Namun begitu, situasi berubah meriah setelah tetamu kehormat tiba di situ.

      Minggu Keselamatan edisi ke-7 ini menyaksikan Institut Biosains merangkul Kejuaraan sebagai tempat kerja paling selamat keseluruhannya. Tahniah diucapkan!!! . Antara pemenang yang lain mengikut kategori pula ialah Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi (FBMK), Pusat Kesihatan Universiti dan juga Kolej 13.

     Pada hari tersebut pelbagai pameran diadakan oleh agensi keselamatan seperti PDRM, Bomba, JPJ dll.
Kempen derma darah juga antara aktiviti yang dijalankan yang mana diurus oleh Jabatan Darah Malaysia.
Turut kelihatan ialah demonstrasi bunuh diri oleh seorang wanita yang putus cinta dan bagaimana dia diselamatkan oleh pihak bertanggungjawab.

     Jadi, sempat jugalah aq menangkap beberapa gambar ketika hari kejadian khas untuk tatapan anda :

sahabatku Nerwansyah (skuad8)





Cara pemakaian topi kaledar

Demonstrasi cubaan bunuh diri


Abg2 dri skuad 8 ..haha

muka kelaparan

dapat helmet FREEEEEEE.. yeaahhhh!!!

Helmet X-dot berharga RM60


Itu sahaja, untuk post kali ini. Bubye.. Thumbs up for everything

     

No comments:

Post a Comment