Wednesday 28 November 2012

Minggu Keselamatan & Kesihatan

Hi,, Salam sejahtera buat semuanya,
   
       Baru-baru ini, telah berlangsungnya Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UPM 2012.
Aq sempat melibatkan diri pada hari terakhir upacara penutupan Majlis ini yang diadakan di dewan OSHA (Fakulti Pertanian lama). Kehadiranku ke sana turut disertai oleh rakan-rakanku Skuad 8, beserta beberapa orang senior daripada Skuad 6 & 7.

      Pada Majlis ceramah keselamatan Jalan raya sebelum berlangsungnya upacara penutupan tersebut, keadaan dilihat begitu hambar dek kerana kekurangan orang untuk memenuhi barisan kerusi yang diatur cantik.. Namun begitu, situasi berubah meriah setelah tetamu kehormat tiba di situ.

      Minggu Keselamatan edisi ke-7 ini menyaksikan Institut Biosains merangkul Kejuaraan sebagai tempat kerja paling selamat keseluruhannya. Tahniah diucapkan!!! . Antara pemenang yang lain mengikut kategori pula ialah Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi (FBMK), Pusat Kesihatan Universiti dan juga Kolej 13.

     Pada hari tersebut pelbagai pameran diadakan oleh agensi keselamatan seperti PDRM, Bomba, JPJ dll.
Kempen derma darah juga antara aktiviti yang dijalankan yang mana diurus oleh Jabatan Darah Malaysia.
Turut kelihatan ialah demonstrasi bunuh diri oleh seorang wanita yang putus cinta dan bagaimana dia diselamatkan oleh pihak bertanggungjawab.

     Jadi, sempat jugalah aq menangkap beberapa gambar ketika hari kejadian khas untuk tatapan anda :

sahabatku Nerwansyah (skuad8)





Cara pemakaian topi kaledar

Demonstrasi cubaan bunuh diri


Abg2 dri skuad 8 ..haha

muka kelaparan

dapat helmet FREEEEEEE.. yeaahhhh!!!

Helmet X-dot berharga RM60


Itu sahaja, untuk post kali ini. Bubye.. Thumbs up for everything

     

Friday 12 October 2012

Malam Tunas Putra (MTP)

  Malam Tunas Putra merupakan satu majlis yg begitu sinonim dalam kalangan warga UPM. MTP diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam diri pelajar tahun satu khususnya. MTP sudah berlangsung selama berbelas-belas tahun lamanya dengan mengetengahkan pelbagai tema yg menarik diilhamkan oleh unit kebudayaan UPM sendiri. Sebagai contoh, tema MTP pada edisi kali ini ialah, berkonsepkan Cerita Rakyat seperti Pak Pandir, Batu belah batu bertangkup, Si Tanggang, Lebai Malang dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, MTP 2012 turut diwarnai dengan tarian Boriah. huhu.

  Kesemua kolej berentap bagi mendapatkan tempat pertama. Syaratnya, gabungan dua kolej menghasilkan sebuah kumpulan bagi mendaftar sebagai satu kumpulan. Antara gandingan kolej yg ditetapkan pada MTP 2012 adalah seperti berikut :

                                     Kolej Muhammad Rashid (KMR) & Kolej 13
                                     Kolej Sepuluh & Kolej Sebelas
                                     Kolej Tun Perak (KTP) & Kolej Kedua (K2)
                                     Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) & Kolej Kelima (K5)
                                     Kolej Tujuh belas (K17)
                                     Kolej canselor (KC) & Kolej Keenam (K6)
                                     Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) & Kolej Sultan Aleauddin Sulaiman Shah (KOSASS)
                                     K16 & K14
                                     K15 & K12

http://www.youtube.com/watch?v=sAy5ktXIFHU&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=vfFNanpbeCg

http://www.youtube.com/watch?v=A7oHN9yxByg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=bZLo_ssB8RE&feature=relmfu

Inilah antara video yg sempat dirakamkan.
Secara kasarnya, keputusan yg diadili oleh juri menyaksikan :

Johan : K13 & KMR
N. Johan : K17
Ketiga : KPZ & K5

 Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak manfaat mengikut pandangan saya.



Tamatnya Orientasi.

Assalamualaikum,, apa khabar semua??. Hope U are in good conditions.

Semenjak 2/9/2012, bergelarlah aku seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yg diketogerikan dalam kelompok pra-siswazah. Dengan berbekalkan keazaman yg tinggi bak gununug Kinabalu, akan kupastikan segulung ijazah kelas pertama kubawa pulang 4 tahun lagi. Pada masa yg sama, aku inginkan sesuatu perubahan drastik terhadap diriku dalam pelbagai aspek kemahiran insaniah (KI).

   Kejuruteraan, ada yg memandang kos ingin sesuatu yg berat dan ada juga yg beranggapan sebaliknya. Mengikut fakta yg dilontarkan daripada para lecturer, peluang pekerjaan semakin kurang bagi bakal-bakal Jurutera selepas bergraduat. Ini disebabkan kelambakkan individu di seluruh IPTA mahupun IPTS dan kolej-kolej swasta sudah mengikuti kos `Engineeering' ini. Walau bagaimanapun, jika ada rezeki, peluang pekerjaan itu sentiasa menanti. Lagi pula kos aq (Kej. Pertanian dan Biosistem) agak 'rare' dalam Malaysia ini sendiri  jikalau hendak dibandingkan dengan mechy, chemical, civil n etc.

    Hmmm, baiklah, aq akan beralih kepada tujuan utama post kali ini yang berkisar tentang orientasi  kami dalm tempoh seminggu. Bagi aku, orientasi sebagai pelajar degree agak seronok daripada sudut pengisiannya, jika ingin dibandingkan dengan orientasi sewaktu Asasi dahulu. Pada asalnya, aku ditempatkan di kolej 10, akan tetapi berpindah ke kolej Tun Perak bagi mengikuti Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS). Di Kolej Tun Perak atau nama ringkasnya KTP, fasilitator amat peramah dan sangat baik.

   Orientasi Universiti melibatkan byk pengisian bermanfaat antaranya majlis ikrar pelajar baharu, ceramah integriti, ceramah keusahwanan dan byk lagi. Sewaktu berkumpul di Dewan Besar, menyaksikan hampir 4000 org pelajar baharu bersorak bagi mewakili kolej masing-masing yang kesemuanya berjumlah 17. Bulu roma seakan-akan berdiri, apabila menyaksikan situasi sedemikian yang agak meriah walaupun secara kasarnya nampak macam huru-hara dan caca marba. huh~~

   Inilah sedikit potret yang bisa menjadi bingkisan kenangan sebagai pelajar baharu UPM sesi 2012/2013 :

pelajar2 puteri KTP

suasana hari pendaftaran

wajah2 Fasilitator

kaum keluarga menghantar dgn pnuh hrapan

wajah ceria siswa baharu


Barisan MTM KTP

Hari angkat sumpah pelajar baharu

siswi memakai pashmina


wajah penuh kesungguhan



apabila sudah tidak than mengantuk


keadaan di luar dewan

ketika waktu malam berhimpun di Dewan

Itu sahaja yang inginku ceritakan. Memori yg terclit di ingatan ini  pasti tidak akan terpadam kerana ianya merupakan memori indah dan manis yg boleh diceritakan kpada anak cucu suatu hri nnt.




*thumbs up to secretariat ICT of Kolej Tun Perak >Pictures resource

   



   


   

Sunday 26 August 2012

Menghitung hari.


 Dalam seronoknya beraya, kini aku sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku menjejakkan kaki ke alam universiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat BACHELOR.. huh~
Alamak!!


BTW, aku akan menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang yang aku minati, iaitu Kejuruteraan Pertanian dan Biosistem atau ringkasnya, KBP. Tarikh daftarnya, 2 Sept ini. Kalau gitu, tggal 6 hari-lah gamaknya nak sedia itu ini.. Sebelum raya mase uh,, aq da wat medical check-up, tp x complete lagi r bahagian ABO Test uh..Waduhh! Malas betul la nak cek darah sgala bagai ni, sebab kena tunggu keputusannya seminggu..

Memandangkan aku ni memang bekas pelajar Asasi di UPM, maka x-lah rse nervous sgt an. Pengalaman uh da ade skit2 kata orang. Kawan-kawan yang sama kos pon nnt trdiri drpada pelajar2 Asasi Sains Pertanian jugak. (hampir 20+++)

Hmmm,, bekenaan yuran plak.. UPM mmg-lah terkenal dengan mahalnya. FYI, yuran pengajian aku untuk semester pertama ni RM2547..Fuhhh!!, mne nak cekau duit ooiii..Mungkin disebabkan Meal Plan RM400++ dan BookPlan RM 200.

Orite, stelah diteliti balik, ok-lah persiapan aku setakat ni. X sabar rsenye nak masuk U. huhu. UPM di-hati-ku.


                                               


Fakulti kejuruteraan, UPM




Sunday 13 May 2012

Teruna-kah Lelaki itu?


Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih ‘dara’ untuk dijadikan sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu.
Bila si gadis atau wanita itu ‘hilang’ dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial.
Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara ‘dara’ ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna!
Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak.
Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;
-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.
-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya   memberikan reaksi bersahaja.
-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.
-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.
-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.
-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.
-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.
-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.
-Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.
Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna.
Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.
Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.
Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.
C&P

Sunday 29 April 2012

ASPER Red Carpet.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

         Fuhh!!, title bgi post ni je da agak gempak. Mesti rata-ratanya dah dpat mneka apa yang akan aku coretkan dlm entri kali ini. If there is red carpet, for sure-lah ade event, ye dak?. Setelah lbih kurang setahun, ktorang pelajar Asasi Sains Pertanian batch 7 menapak di UPM, kini tibalah masanye utk ktorang grad. Final exam pon sdang dihadapi kini. Tinggal bbrapa hari saja lagi. Yang pasti semua nak pointer tinggi-tinggi utk msuk degree. hehe.. Buatlah yang terbaik ye kwan-kwan. ~OLDABESH~

Back to d main point of this post, pelajar2 Hi-Com Asper telah organize satu event dgn jayanya, not event but its dinner act. Dinner ini sangat berprestij seakan-akan ABPBH dan AJL telah berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).Tema dinner ini ialah Moonlight and Roses, sangat great ya... So, pakat lah rmai2 pkai costumes blackwhite and red. Anak-anak orang kaya uh, belilah baju kat butik2 mahal yg hrganya mencecah ratusan rggit. erkkk~~ =D. Pelbagai fesyen yg dikenakan, fuyohhh!!, ade tuh terbeliak mata memandang. Tapi, untuk aku, ckuplah mengamalkan ksederhanaan. Sometime, simple je lg cool, kan, kan?? 

White roses, Black Jack and Red Carpet, how significant it is to be. Our friendship will never end. Cehh, ayat ni seolah-olah ade ksinambungan. haha. Segala-galanya berjalan sperti yg dirancang, Alhamdulillah. Pendek kata, berbaloi-lah pergi dinner ni dgn byaran RM65. Makanan yg lazzzzatttt, good performance by artis2 ASper, Band yg tip-top, and last but not least dpat amek gamba puas-puas. Menarik pda dinner ini juga ialah, EXCHANGE GIFT. haha, siapalah insan btuah yg dpat hadiah dripda aku. Semua warga ASper batch7 ni diwajibkan mmbawa hdiah bagi tujuan pertukaran. Untunglah ssiapa yg dpat adiah gmpak2. But its OK, asalkan keikhlasan uh ade. 

Rasanya, dah begitu pnjang aku type nih, ckup lah yek. Next, boley-lah tgok gmbar-gambar kat bawah ni ye..

Gadis-gadis ASper batch7

Nimen hen mei~
Perarakan masuk ke dalam Dewan

Dancer wat performance *credit: Izatul

Buffet, boleyh amek manyak2 woo!

Org pjabat. - TQ sudi hadir

                  
                  Man wif black spec. STYLE~

Sblum brmulanya DInner. Xsabar utk makan

MC yg ckup hebat!

Artis Pujaan semua. R-tis aras aku

                                 
                                      Haidhar, Gee n Asfa

Variasi makanan yg ckup enak
Antara pemenang cabutan btuah. XD

Princess of d nite. CongratZ!

             
QuEEn MAFIA. Takowt WOO!

BAND-10, org2 kate

Artis U-tube

Best Lecturer of Chemist. Tahniah!!!


King of D nitEZ. hee~

         
Para Alumni ASPer


Juga Alumni ASPer dhulu kala.

KULIAH 4 da` Best. ;X

                             
                                    Hi-5 katanya. hihi

How cute she is..





Tada~~ Picture time..

* Sekalung penghargaan dan tahniah, aku ingin rakamkan buat semua yg mnjayakan  ASper GALA Dinner   ini samada scara langsung atau tdak. Esp, Hi-Com, U-all have did d good jobs throughout the year. Buat bakal pelajar ASPer batch akan dtg, ambil-lah pluang yg ade utk mnimba pengalaman di UPM spuas-puasnya. Hopefully, kita semua akan dpat mlanjutkan pngajian ke degree dengan plihan yg terbaik.

Setahun, bagaikan sejuta kenangan telah digarap. 
Semoga perhubungan ini mnjadi lebih akrab.

That`s all. TQ