Alhamdulillah, hari ini dah masuk 5 syawal.
Fuh, setelah berapa hari beraya sakan di kampung (Majidee, Batu Pahat and Pontian), esok aq akan pulang semula ke Kuala Lumpur bagi meneruskan latihan industri aq yg berbaki beberapa hari lagi.
Di kesempatan ini, aq ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada sahabat serta saudara yang mengenali diriku ini. Sempena syawal ini, mari sama-sama kita mohon ampun dan maaf sesama insan yang kita kenal bagi menjernihkan lagi perhubungan seterusnya merapatkan ukhuwah.
Air tak selalu jernih,
begitu juga tutur kataku.
Kapas tak selalu putih,
begitu juga hatiku.
Langit tak selalu biru,
begitu juga hidupku.
Jalan tak selalu lurus,
begitu juga langkahku.
*Buat mereka yang memandu pulang ke ibu kota, berhati-hati di jalan raya.
*Jom puasa 6 di bulan syawal, GANJARAN seperti berpuasa setahun, insyAllah.
No comments:
Post a Comment