Sunday, 8 February 2015

Travelogue Langkawi Seorang Diri [Part 1]


Assalamualaikum and Hi semua,

Lama sungguh aku tinggalkan blog ni. Memandangkan baru-baru ni aku baru sahaja bercuti ke Pulau Langkawi, jadi, nak kongsilah sikit tips dan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Moga cerita aku ni bole lah dijadikan panduan untuk korang kat luar sana yang teringin sangat nak travel ke Langkawi.

Before aq bcerita lebih lanjut, aku nk highlightkan kat sini, travelogue aku ke Langkawi ni adalah berseorangan. Acah-acah macam backpacker la gitu. hahaha..

Now, here we go........................

Semuanya brmula apabila Airasia buat promosi harga tiket... Without thinking any further, aku pon beli lah tiket tu yang berharga RM68 untuk pergi & balik. Campur processing fee and insurance, total up RM 100 la jugak.. Tapi, kira ok la tu.. Korang kalau nk frequently getting updates from Airasia ttg harga2 promosi yang dyorang buat throughout a year, just register/ buat akaun kat official website Airasia.. Better, daftar sekali untuk BIG Point..

Nak dijadikan cerita, aku yang da tbeli tiket flight ni konon2nya cari kawan nk pergi bersama. Unfortunately, dorang semua x boleh sbb ad yg involve dlm misi bantuan banjir ke Pantai Timur as my booking flight was on 13 January and return on 16 January.. Kawan-kawan kolej aku pulak kebanyakannya join SUKSIS and depa takut kot2 ada kem pada tarikh tu. The rest cakap takde duit al maklumlah hujung sem enn... Sedih kan?????.  Tapi takpe la, aku pon tak kesah pergi sorang diri sbb aku fikir its the right time to get everything by my own...

After a week aku tunggu since last paper of my final exam for my 5th semester was on 6 January. At last, tiba hari yang ditunggu-tunggu.. 12 haribulan tu aku da siap-siap packing barang yang di perlukan..

Tengahari on 13th January tu punya la gigih aku pergi The MINES sbb nak cari monopod. haha. Aku beli monopod bukan aq ni species suka selfie, but, aku fikir I need it as I travel alone... =)
Aku spend almost 2 jam kat The MINES jalan-jalan cuci mata and lunch sekali kat Texas Chicken.
Da hampir semua kedai gadget and komputer kat The MINES tu aku survey, last2 aq decide beli monopod yang biasa-biasa je dengan harga RM 19... Aku fikir tu yang affordable for that moment sbb byk lg nk pakai duit masa kat Langkawi nanti.. Kalau korang nk monopod yang power siap ada bluetooth and remote uh, RM 60 lebihh...

After lunch and solat zuhur, aku terus ride motorcycle heading to Putrajaya Sentral.. If korang wonder why aku pergi Putrajaya Sentral instead of TBS sbb naik KLIA Transit dari sana lebih murah.. Aku pon ride slow2 je dan steady sbb takde apa yang nak dikejarkan as my flight schedule on 9:15 pm.. Lama lagi tu...

Sampai je Putrajaya Sentral tu, aku nampak parking lot motorcycle....tapi tak berbumbung.. Then, aku nampak sorang Pak Guard kat situ dan aku terus tanya dia, "Kat sini ada parking berbumbung untuk motor tak?".. Nasib baik dia boleh faham Bahasa Melayu sbb dalam hati aku "eh dia ni Malaysian ke?". Pak Guard tu pon cakap kat aku, "Adik kena pusing (sambil menunjukkan arah) sampai jumpa tempat teksi, kat situ adik akan jumpa parking bumbung untuk motor". Aku berterima kasih sambil senyum ke arah Pak Guard tu lalu beredar pergi..

Lepas da jumpa tempat teksi and bas kat Putrajaya Sentral, uols akan nampak signboard parking lot for vehicles, just follow je ok.. Alright, aku pon park la kat basement tu, betul-betul sbelah motor bkuasa tinggi.. Kat sini sunyi sikit, make sure korang rantai sekali motor korang.. Secure sikit dari kena rembat enn.. Park motor kat sini tak dikenakan bayaran okayh...

Then, aku terus naik tangga heading to KLIA Transit Kaunter.. Harga tiket dari Putrajaya Sentral ke KLIA 2 adalah RM 6.20..  Naik KLIA Transit ni aku rasa 15 minit je da sampai KLIA 2 dah..

Gambar tiket KLIA Transit


No comments:

Post a Comment