Saturday, 26 March 2016

Itinerari | Percutian 6 Hari 5 Malam ke Sabah [Hari Kedua]

Percutian kami diteruskan lagi pada hari kedua. Berikut adalah tentatifnya.

6:30 pagi
Meninggalkan motel untuk sarapan di gerai berdekatan dan beli snack untuk dibawa ke Pulau.


7:15 pagi
Berjalan kaki ke Pasar Filipine. Mencari route ke Jesselton point. Disapa oleh pekerja atau lebih tepat lagi agent yang membawa ke pulau semasa melintasi Dataran Todak.

Pada mulanya, agen tersebut menawarkan kami pakej RM40/kepala untuk 2 Pulau, akan tetapi tiada snorkelling gear dibekalkan. Kemudian, dia mencadangkan pakej lain pula iaitu RM250/3orang dengan mengunjungi 3 Pulau beserta pakej snorkelling. Tanpa berfikir panjang kami mempersetujuinya.

Kalau nak ikutkan, boleh dapat lagi murah jika bertolak dari Jetty Jesselton menurut blog-blog yang ktorang baca sebelum ini. Tapi, entah mengapa, kami seolah terpedaya dengan tawaran agen tadi tanpa berbincang panjang. Namun begitu, walaupon pakej kami agak mahal, tapi amat puas hati sebab boat yang ktorang naik membawa kami bertiga sahaja, seakan-akan boat private gituu. haha.
Jadi, nak selfie and amek gambar posing macam mana sekalipun tak kesah, tiada pelancong lain yang tengok. Ok, aq tunjuk sikit gambarlah..



Tatkala boat/sampan lain di penuhi penduduk tempatan dan pelancong,
boat ktorang hanya kami bertiga + sorang pengendali boat.
Suasana waktu pagi di Jeti Pasar Filipine (berhampiran Dataran Todak)
Menikmati ombak dan angin laut di atas boat. Seronok wuuuu






8:15 Pagi
Kami tiba di Pulau Mamutik. Pada masa tu, suasana agak lengang dan kami bertiga adalah pelancong pertama yang tiba di situ pada hari tersebut. Dalam benak fikiran ktorang masa tuh, eh apesal takde orang?, betul ke boat tuh hantar ke Pulau ni. Apa yang dapat ktorang perhatikan pada ketika itu cuma terdapat beberapa kelibat pekerja di pulau terbabit berikutan Pulau Mamutik sedang menjalani penaiktarafan infrastruktur serta kemudahan. 

Oleh sebab takde orang sangat at that moment, memang lenjan bergambar sampai puas la kat jeti. Lepas tu, ktorang pergi ke kaunter dan dikenakan bayaran RM3/kepala sebagai conservation fee Taman Tunku Abdul Rahman yang meliputi pulau-pulau berdekatan juga seperti Manukan Island dan Sapi Island.

Bayaran RM 3 tu ok sangat lah dengan usaha diorang mengekalkan kebersihan pulau dan pantai ni. ye dak???

Pemandanagan dari jauh Pulau Mamutik
Bergambar sakan




Signboard to show that No Fishing Activity is allowed here




Pemandangan jeti Pulau Mamutik yang begitu tenang
Aktiviti snorkelling di Pulau Mamutik.


10:30 Pagi
Bergerak ke destinasi kedua iaitu Pulau Manukan. Oleh sebab, kat Pulau Mamutik tadi dah bayar Conservation Fee, kat sini cuma kena show tiket tadi untuk dicop oleh petugas di kaunter.

View Pulau Manukan dari lensa kamera dengan jarak lebih kurang 100m

Kejernihan air di Pulau Manukan ini pasti membuat anda teruja




Pulau Manukan ni aq rasa pantainya agak memanjang, jadi snorkelling spot luas. Akan tetapi, agak padat disebabkan Pulau ni paling femes kot. Coral dan ikan warna-warni tak berapa kelihatan sewaktu ktorang bersnorkelling di Pulau ni. Agak kecewa lahhh.. huhu.




12:30 Tghari
Selesai berjimba di Pulau Manukan, pengendali boat yang kami sewa pon sampai untuk pick up ktorang ke Pulau yang ketiga iaitu Pulau Sapi. Pulau ni adalah lebih baik untuk aktiviti snorkelling berbanding Pulau Mamutik dan Manukan, disebabkan hidupan lautnya jelas kelihatan. Pendek kata, uolls kena try lahhh.

Yang menariknya di Pulau ni selain daripada terumbu karangnya yang cantik, terdapat juga perkhimatan untuk lakukan aktiviti Island jumping. Its like you naik flying fox la cross dua pulau gituh. Ktorang tak try pon sebab kekangan wang. huhu. But, it's OK even tak try, sebab weolls tak teruja pon.











3:30 Petang
Ktorang bertolak balik ke Jeti Pasar Filipine. It's wrap our second day of travelling in Sabah. Pulau-pulaunya yang indah memang highly recommended to go lahhh. Dalam perjalanan pulang tuh sebenarnya keadaan agak mendung dan hujan turun. Sebagai langkah bejaga-jaga, pastikan lah saftey jacket sentiasa dipakai ya untuk pastikan keselamatan korang in case worse thing happen boat terbalik kea apa ann.. Lagipon air laut bergelora waktu hujan. Uolls can just imagine how laa kan keadaannya.


Keadaan di Jeti Pulau Sapi ketika kami hendak pulang





Selepas balik dari tiga buah pulau tu, malam hari kedua tuh, kami bersiar-siar di sekitar Bandar KK. Tepat jam 8:00 malam, kami menelefon En. Shahril (orang yang buat perkhimatan kereta sewa), seperti yang dijanjikan, ktorang menunggu ketibaannya di KFC Kampung Air tuh.. Agak lama jugak sebenarnya tunggu dia nih (lebih kurang 30 minit gituhh). Kami sewa kereta kancil je dengan bayaran RM60 untuk sehari memandangkan trip kami hanya bertiga sahaja.

Nah, ini lah keretanya... tarraaaaa!!. Kondisi kereta boleh dikatakan OK lah..
Korang yang nak cari kereta sewa, boleh le hubungi Encik Shahril ni [ 012- 822 1685 ], ada Viva, Myvi, Kenari, MPC dll ikut kemampuan korang la kann.





Lepas dapat kereta sewa tu, ktorang test drive sikit and then isi minyak kat Shell berdekatan. After all, ktorang bersiar-siar kat sekitar jalan Sinsuran yang mana terletaknya berhampiran Pasar Filipine. Kat sini, waktu malam memang meriah.. Pelbagai menu dijual di sini. Of course, ikan-ikan, udang, ketam, sotong boleh dapat dengan harga yang murah serta berbaloi jika nak dibanding dengan harga pasaran di Semenanjung.

Untuk hari ni, ktorang berpakat untuk beli ikan Merah bakar dengan harga RM15 seekor. Jadi, share2lah sorang RM 5. Nasi sebungkus RM 2.. Menu-menu lain, ktorang beli berasingan sebab ikut selera tekak sendiri lahh.






Perbelanjaan hari kedua:
Sarapan - RM 2.50
Snack - RM 8.70
Pakej ke Pulau dan Snorkelling - RM 250 / 3 = RM 83.33 seorang
Bayaran masuk Taman Tunku Abdul Rahman - RM 3
Kereta sewa untuk 2 hari - RM 120 / 3 = RM 40 seorang
Duit minyak kereta - RM 40 / 3 = RM 13.33 seorang
Makan malam - RM 15 / 3 = RM 5 seorang (ikan merah bakar) 
                                              + RM 12 menu lain yang aq beli

Konklusi aliran keluar wang untuk hari kedua ni ialah RM 167.86sen..







***********SAMBUNG HARI KETIGA***********


1 comment:

  1. Hai…saya singgah blogwalking dan saya da follow blog ni jugak dari www.qiyasaad.com

    ReplyDelete