Baiklah, harini aq nk ceritakan pengalaman bercuti ke negeri di bawah bayu (Sabah). Pada mulanya, memang dah lama rancang nak pergi ke Sabah dengan kawan-kawan. Bila Airasia ada buat promo je, ktorang terus beli tiket. FYI, tiket kami tu pergi balik dan adds on luggage 15 kg cuma RM146 untuk seorang, murahhhh kan??. Nama pon trip budget, so, bab kewangan suppose kena take into consideration supaya lepas balik bercuti nanti tak pokaiii.. haha
Ktorang pergi bertiga ya. Tapi, kalau korang nak lagi ok, aq prefer 4 org much better kot, sebab dari segi pengangkutan uolls boleh penuhkan seat kereta if korang sewa Myvi, Kancil, Kenari or seangkatan dengannya.
Ok, pendekkan cerita, kami bertolak dari UPM ke KLIA2 jam 9 pagi. Flight kami at that day adalah jam 11.15 pagi waktu semenanjung. Apabila, kami sampai je di Kota Kinabalu International Airport (BKI) tu, mata memang meluru mencari bas yang boleh bawa ktorang ke Bandar KK. *Ktorang elak dari naik teksi sebab nk cut cost. hehe.. Tambang bas dari Airport KK ke Central Point (CP) adalah RM 5/kepala dengan jarak perjalanan aq rasa cuma dalam 15 ke 20 minit je.
Gambar masa otw ke Departure Hall, KLIA2 |
Sampai je, di Central Point, ktorang singgah sekejap di 7E untuk beli sedikit makanan bagi alas perut. Kemudian, langsung mencari tempat penginapan yang kami dah booking via Agoda.com. Btw, tempat untuk kami menginapan pada mulanya adalah di Borneo Adventure Center & Lodge yang terletak di Kampung Air, namun begitu, memandangkan motel tersebut dalam proses pengubahsuaian, maka kami diarah untuk check in di Motel berdekatan yang terletak di lorong belakangnya sahaja. At that time, memang aq rasakan tempat tuh tak berapa welcoming dan just make a guess, kawasan sekitarnya adalah tempat yang penuh gejala sosial barangkali. Almaklumlah, motel bajet an, ada takda terima je lah... Harga satu bilik/malam yang boleh accomodate 3 orang adalah RM65. agak murah jika nk dibandingkan dengan Hotel, Motel atau Rumah tumpangan yang lain.
Kawan aq (Hafizal) bergaya dengan kaca matanya di hadapan CP. |
Brooch, gelang, rantai yang diperbuat dari Mutiara air masin/air tawar |
Kalau nak beli sovenir utk adik pompan, akak2, mak, makcik2,, memang banyak pilihan kat sini. Harga pula berpatutan berbanding tempat lain dan di sini juga boleh tawar menawar ya. Maka seronoklah membeli-belah. Tapi ingat, berbelanja secara berhemah yaw.
**Hari pertama je aq dah habis RM107 sebab beli barang-barang berikut;
4 Brooch- RM15 + RM12
3 Gelang Mutiara - RM25
1 Kaca Mata Oakley Tiruan - RM 25
Baju jersey Drive - RM 30
Di kawasan kampung air juga korang boleh jumpa banyak kedai, bank, berdekatan stesen minyak. So, tak jadi masalah dari segi accesibility. Begitu juga KFC dengan yang hampir dengan kawasan tapak pasar malam ya.
*******SAMBUNG HARI KEDUA*******
No comments:
Post a Comment