Thursday, 23 July 2015

Buat duit secara online menggunakan 8Share

Hi semua,

Hari ini aku ingin kongsikan satu cara bagaimana untuk korang menjana pendapatan secara online melalui 8share ( Bole terus ke URL ini : http://8share.com/ )

Untuk pengetahuan korang, aq dah buat kerja ni sejak awal tahun 2015. Ni pon sebab kawan aku yang ajar. Btw, 8Share ni bukanlah satu bisnes seperti MLM or scam. Secara general, aku boleh cakap, ianya merupakan website yang menjalankan advertisement related business. 

Sebagai contoh paling mudah aku boleh bagi, a certain company nak advertise products dyorang, 8share ni lah satu website yang digunakan untuk mereka mempromosikan barangan mereka melalui iklan online.

Inilah interface page 8share tu once korang da klik link yang aku bagi.

Ok, taknak cakap banyak, setakat ni aku boleh jana pendapatan RM100 lebih sebulan dengan melakukan aktiviti ni lah.

Mungkin ada antara korang yang anggap itu satu jumlah yang kecil, tapi bagi aku, sedikit sebanyak ianya membantu kewangan bulanan. Apa yang korang perlukan???? hanya PC or laptop dan juga internet connection. Itu sahaja, mudah bukan?.

Nah, aku kongsikan step2nya untuk korang follow.

1). Pergi ke URL ini  http://8share.com/

2). Korang perlu create account

Just fill in required information

3). Log in account korang and setup mana-mana yang patut. Once dah log in, korang akan nampak macam gambar kat bawah ni.


Dalam bulat biru yang aku buat tu untuk lihat jumlah duit yang terkumpul and warna merah tu Bonus Point (BP), berguna untuk redeem rewards ok.



4). Then korang tekan button "View this special" yang warna hijau tuh.




Bila korang dah tekan tu, korang akan nampak macam ni pulak. Next step, tekan button biru yang aq bulatkan tu "Get your share link"

After that, akan keluarlah link korang. Link tulah yang patut korang share dengan rakan2 via social media yang ada as for example Facebook ke Twitter ke. Setiap kali link korang tu diklik, korang akan mendapat 20sen selalunya (kadang-kadang 10 sen) depends pada advertisement itu sendiri.

Minimum jumlah duit yang korang boleh Cash out adalah RM50 dan korang boleh request untuk cash out dua kali dalam sebulan (Isnin minggu 1 & minggu 3,kalau tak silap aku lah).

Memang mudah. Korang boleh buat di rumah even time rehat kat office. Pucuk pangkal kena rajin lah. **Kawan aku yang dah lama buat benda ni, cecah RM 500 tiap2 bulan (tapi menggunakan trick la).


**Aku taknak cakap mcm mana trick nya, tapi yg boleh aku bagitahu, ia related pada IP address komputer korang la. Fikir lah & explore sendiri ya. hehe.

Ok lah, itu saja perkongsian kali ini. SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, 21 July 2015

Internship | Kehambaran masuk office lepas Aidilfitri


Hari ini, 22 Julai 2015. Sudah masuk minggu keempat aku jalani latihan industri di Engineering Research Centre, MARDI Serdang ni.

Punya la awal aku datang harini. 7;45 pagi aku da punch. But as expected, office masih lengang dek ramai staff and officer yang masih bercuti. (Depa cuti sakan naa). Well, aku harap one fine day,kalau ditakdirkan aku tak dapat jadi Pilot, aku menaruh harapan untuk kerja government, sebab boleh cuti raya lama macam depa ni.

Ok, after about an hour aq duduk dalam office ni berseorangan (my partner tak datang sbb demam) aq main phone, bukak Facebook, Instagram, Whatsapp and Twitter, aq dah start rasa bosan. Then, aq fikir, Kalau lepak kedai mamak pon bahekk ni. So, apalagi aku chow la an untuk breakfast. Punyalah ramai kat kedai mamak tadi, sampai aku naik geram sebab nasi lemak yang order tak siap2 walhal dah tunggu lama. Fuhh!!.

After all, agenda aku harini ialah aku nak siapkan assemble every parts of TUBEPLOT in Solidworks, thus run simulation. Nak search tentang my project proposal on internet and how a good literature review is done.

Korang boleh refer link ni untuk rujukan penulisan research report/ final year project.

FINAL-YEAR PROJECT REPORT WRITING GUIDELINES

FORMAT FOR PREPARATION OF PROJECT REPORT


ok lah, setakat itu dulu. Bye!!!!!

Monday, 20 July 2015

Salam Aidilfitri


Alhamdulillah, hari ini dah masuk 5 syawal.

Fuh, setelah berapa hari beraya sakan di kampung (Majidee, Batu Pahat and Pontian), esok aq akan pulang semula ke Kuala Lumpur bagi meneruskan latihan industri aq yg berbaki beberapa hari lagi.

Di kesempatan ini, aq ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada sahabat serta saudara yang mengenali diriku ini. Sempena syawal ini, mari sama-sama kita mohon ampun dan maaf sesama insan yang kita kenal bagi menjernihkan lagi perhubungan seterusnya merapatkan ukhuwah.






Air tak selalu jernih,
begitu juga tutur kataku.

Kapas tak selalu putih,
begitu juga hatiku.

Langit tak selalu biru,
begitu juga hidupku.

Jalan tak selalu lurus,
begitu juga langkahku.




*Buat mereka yang memandu pulang ke ibu kota, berhati-hati di jalan raya.

*Jom puasa 6 di bulan syawal, GANJARAN seperti berpuasa setahun, insyAllah.