"Kita khuatir kemungkinan akan berlaku lagi tanah runtuh di sepanjang terowong itu," katanya. 

Beliau berkata ketika runtuhan tanah itu terdapat paip Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pecah dengan air membuak keluar, dan pihaknya telahpun meminta SYABAS menutup paip air itu yang antara punca tanah di situ menjadi lembap.

"Untuk keselamatan sementara, kontraktor sedang membuang lebihan air di kawasan itu sebelum kerja-kerja menanam cerucuk dapat dilaksanakan bagi tujuan mengukuhkan kawasan di situ," katanya. 
Azizan berkata, pihaknya juga masih menunggu kajian daripada Syarikat Prasarana Negara yang bertanggungjawab ke atas KL Monorail untuk memastikan kedudukan struktur binaan tiang monorel di kawasan tanah runtuh itu sama ada terjejas atau tidak.


Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) berkata kejadian tanah runtuh itu tiada kaitan sama sekali dengan projek MRT.

"Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang tidak melalui kawasan kejadian berkenaan," menurut MRT Corp dalam satu kenyataan. 

- BERNAMA