Thursday, 24 July 2014

Buku Merah | Cara buat Passport

Assalamulaikum & Slm Sjahtera ya smua.

Harini, Admin nk kongsikan tips atau cara-cara bgi korang yg di luar sana utk buat passport buat pertama kalinya. Hai, maklumlah baru-baru ni pon Admin bru buat passport. Nk ke luar negara la pulak. hehe

BTW, Admin hritu buat passport kat Jabatan Imigresen Putrajaya. Lokasinya, btul2 berhdapan dengan Perbadanan Putrajaya kat Presint 3 tu. Dekat lah jugak dngan Istana Kehakiman. Klau nk lg snang, carilah Alliance Bank, sbbnya pejabat Imigeresen ni brada dibelakangannya.. Kat pntu masuk tu ad tulis, utk urusan passport di Aras-3 ya.. klau sign-board tu da xde, g la tnye security guard yg ad kat situ ya..

Rmai blogger2 yg sarankan utk pergi seawal pagi yg boleh, tapi, haritu Admin buat actually around 3.30 ptg smpai situ and by 4.15 ptg da settle. Cekapkan abg Imigeresen tuh. Fuhh!!

Wednesday, 2 July 2014

Kawasan tanah runtuh di Jalan Imbi ditutup dua minggu


Baiklah, harini Admin nk update psal kjadian tnah runtuh, spertimana yg dah heboh..
Untuk kesahihan berita mengenainya, Admin hnya copy nk paste brita ni dri http://www.bharian.com.my sahaja.. Jadi, ianya sekadar perkongsian kpada kita semua terhadap isu-isu smasa ya.. 

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu la cakna dgan keadaan sekeliling yg berlaku di negara ini, ya dak???. 
Ok, xnak berceloteh pnjang, meh bace berita ni..




KUALA LUMPUR: Kawasan terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang runtuh di simpang empat Jalan Imbi, di sini akan ditutup selama dua minggu untuk kerja-kerja baik pulih mulai hari ini. 

Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan) DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd memberitahu pemberita di tempat kejadian, kerja-kerja membaik pulih kawasan di tapak runtuhan sedang dijalankan.