Sunday, 5 February 2012

Grand MasterChef ASper

Assalamualaikum w.b.t,

     Pada post ini, aku ingin menceritakan tentang `Grand MasterChef Asasi` yang julung-julung kalinya di lakukan oleh Bahagian Pentadbiran Pusat Asasi Sains Pertanian, (ASper), UPM. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan semangat muhibbah serta meningkatkan ukhuwah dalam kalangan warga ASper khususnya. Pertandingan ini telah berlangsung pada 27 Januari 2012, bertempat di Dataran himpun Pusat Asasi berkenaan. Memperlihatkan, para pensyarah, staf-staf sokongan, pembantu makmal, pelajar laluan biasa, pelajar laluan pantas, serta alumni menyertai pertandingan tersebut. Sebanyak 14 kumpulan keseluruhannya. Menu masakan yang telah ditetapkan ialah berasaskan Maggi. Dengan kreativiti yang ada oleh setiap peserta, mereka telah berjaya menyajikan variasi masakan yang aku fikir lazat. Antaranya,










Pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang berlansungnya pertandingan tersebut. Kekecohan semasa memasak memang memeriahkan lagi suasana pada petang itu. Mungkin, para pensyarah telah menggunakan kepakaran mereka dalam bidang fizik, kimia, biologi, matematik dan pertanian bagi menghidangkan Maggi yang lazat, haha.















Pertandingan telah diadili oleh Chef Joe, Chef Muluk, Chef dan Prof Mahiran (Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian).  Berikut ialah keputusan keseluruhannya:         

  • 1. Staf dan Pensyarah (kumpulan Makcik Lab Bio)
  • 2. Pelajar laluan pantas
  • 3.Alumni                     


Sekian, Wassalam~~

No comments:

Post a Comment