Friday 24 February 2012

Fashion.

 Assalamualaikum w.b.t,

Senario yang berlaku pada ketika ini memperlihat pelbagai fesyen yang digayakan oleh remaja zaman sekarang. Remaja memang gila fesyen. Ini merupakan satu fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Walaubagaimanapun, dalam sibuk kita berfesyen, jangan lupa akan batas-batasnya. Beberapa perkara yang perlu diambil kisah dalam mengenakan fesyen terkini.

  1. Mestilah menutup aurat, (bagi golongan muslimin dan muslimat)
  2. Membeli barangan yang mampu sahaja, kalau dah x mampu jangan mencuri.
  3. Pakaian tidak menyerupai perempuan (bagi lelaki) manakala perempuan janganlah menyerupai lelaki.
  4. Tidak berpakaian seumpama pakaian agama lain.


Pendapat aku tentang fesyen : 
Barang atau pakaian yang kita pakai tidak perlu yang mahal-mahal, cukuplah  mengamalkan kesederhanaan. Kadang-kadang, simple je lg cool dan awesome. Yang paling penting ialah menutup aurat.

Nak list-kanlah jugak apa barang yang remaja-remaja sekarang gemar .=D
Fixie Bike
Cardigan
Jacket
Bangles

Cap yang menjadi trend muda-mudi zaman kini.







p/s :I do hope that, all d tips above are useful for everyone especially Muslim teenagers.







                           



Sunday 5 February 2012

Grand MasterChef ASper

Assalamualaikum w.b.t,

     Pada post ini, aku ingin menceritakan tentang `Grand MasterChef Asasi` yang julung-julung kalinya di lakukan oleh Bahagian Pentadbiran Pusat Asasi Sains Pertanian, (ASper), UPM. Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan semangat muhibbah serta meningkatkan ukhuwah dalam kalangan warga ASper khususnya. Pertandingan ini telah berlangsung pada 27 Januari 2012, bertempat di Dataran himpun Pusat Asasi berkenaan. Memperlihatkan, para pensyarah, staf-staf sokongan, pembantu makmal, pelajar laluan biasa, pelajar laluan pantas, serta alumni menyertai pertandingan tersebut. Sebanyak 14 kumpulan keseluruhannya. Menu masakan yang telah ditetapkan ialah berasaskan Maggi. Dengan kreativiti yang ada oleh setiap peserta, mereka telah berjaya menyajikan variasi masakan yang aku fikir lazat. Antaranya,










Pelbagai ragam dapat dilihat sepanjang berlansungnya pertandingan tersebut. Kekecohan semasa memasak memang memeriahkan lagi suasana pada petang itu. Mungkin, para pensyarah telah menggunakan kepakaran mereka dalam bidang fizik, kimia, biologi, matematik dan pertanian bagi menghidangkan Maggi yang lazat, haha.















Pertandingan telah diadili oleh Chef Joe, Chef Muluk, Chef dan Prof Mahiran (Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian).  Berikut ialah keputusan keseluruhannya:         

  • 1. Staf dan Pensyarah (kumpulan Makcik Lab Bio)
  • 2. Pelajar laluan pantas
  • 3.Alumni                     


Sekian, Wassalam~~

Salam Maulidur Rasul



Assalamualaikum w.b.t,

    Rasanya sudah sebulan aku tidak meng`Update` blog ini. Kesempatan yang ada pada hari ini, aku ingin merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul buat Muslimin dan Muslimat. Tidak kira di mana jua kita berada dalam dunia ini, ukhuwah yang terjalin sesama umat Islam haruslah dipertingkatkan.

                               
   
      Memperingati sejarah kelahiran baginda Rasulullah SAW adalah parkara yang mulia. Kita perlu memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta melakukan sunnah baginda. Nescaya itu, kita akan mendapat ganjaran dan syafaat baginda di akhirat kelak walaupun bukan di dunia ini. !2 Rabiulawal, satu tarikh yang wajib kita tahu ; Sebuah kelahiran, api Majusi terpadam.


~marilah bersama-sama selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW sementara kita masih diberi nikmat hidup dan bernafas di atas alam barakah ini.