Sunday, 18 December 2011

Final Exam !!!

Assalamualaikum w.b.t,

     Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan nikmat bernafas dan iman untuk menjalani kehidupan sehari-hari di dunia ini. Masa silam adalah perkara yang semakin jauh daripada kita. Pensyarah Biologi aku sebentar tadi mengingatkan bahawa usia muda haruslah digunakan sebaik yang mungkin. Beliau berdialog lagi ;
" Apabila kamu sudah tua nanti, memandang belakang seolah-olah seperti semalam, "
"kamu harus ingat, masa muda adalah zaman paling bermakna dan usah sia-siakannya."
     Berfikir tentang perihal tersebut, aku rasa selama ini masaku banyak dibazirkan begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk kebaikan masa hadapan. Kini, tinggal beberapa hari sahaja lagi (yang boleh dihitung oleh jari-jemari) menjelangnya peperiksaan akhir semester kedua Asper 2011/2012. Kelalain yang selama ini membuai hidupku menyebabkan pemikiran ini semakin kelam. Aku sedar bahawa sikap harus diperbaiki demi menggapai kegemilangan insaniah dan membentuk peribadi mulia. Kedewasaan ini, menjadikan aku semakin alpa terhadap tujuan hidup yang sebenarnya.

     Doakan kejayaan aku dalam menempuh masa hadapan. insyaAllah.

Thursday, 8 December 2011

semoga selamat

Syakir Bin Hasan,, itulah nama yang x aseng lagi bg pelajar asasi sains pertanian ,Asper sesi 2011/2012 seluruhannya. Semua orang tertanye-tanye akn kondisi beliau pada ketika ini.. Apa yang pasti , dia telah mengalami aksiden jalan raya apabila motorsikal tunggangannya dilanggar sebuah bas. Khabar yang disebarkan oleh mulut-mulut orang di sini, mengatakan dia akn menjalani pembedahan yang dijangkakan mggu hadapan ekoran daripada infection, tuntas membawa kematian sel pada kakinya.. Sebagai seorang rakan di bilik B401 yang dia suka lepak, aku mendoakan agar segalanye berjlan lancar dan kau cepat sembuh. Hanya doa yang kami dpt kirimkan kepadamu wahai fren. Bacaan yasiin juga telah dilakukan tadi dengan harapan, Kau dapat kembali pulang ke sini segera.. Hidup SYAKIR untuk kuliah 4..!!!!, kami menantikan kepulangan anda.

                

Pesawah muda


keupayaan kami menanam padi. sangat bangga

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Pengalaman yang amat bermakna telah aku tuai pada kehidupan ini. Hari ini menggambarkan satu perasaan yang sangat bahagia dan ingin sekali aku menguar-uarkannya pada seantero. Tapi, cukuplah sekadar untuk diri ini memahami perasaan indah itu bersama rakan-rakan kuliah 4.. Cuaca yang mengizinkan dengan adanya titisan air hujan jatuh dari atas awan bearakan, menambah kegirangan semasa menjadi petani pada hari ini..hehe...
the best practical ever.
terpancar wajah ceria setiap rakan dengan keseronokan bermain lumpur.













Walaupun pada awalnya rasa ishhhh,,
"kenapa kita kena buat amali saing budak degree ngan kuliah 5.."
ternyata, kehadiran sejumlah pelajar yang ramai membuatkan suasana menjadi lebih celaru dengan pelbagai suara terhibur disulami gelak tawa.. Realitinya, bukan semua di luar sana yang dapat menimba pengalaman sebegini  rupa. Jadi, saya bersyukur kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran di sini..