Friday, 12 October 2012

Malam Tunas Putra (MTP)

  Malam Tunas Putra merupakan satu majlis yg begitu sinonim dalam kalangan warga UPM. MTP diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam diri pelajar tahun satu khususnya. MTP sudah berlangsung selama berbelas-belas tahun lamanya dengan mengetengahkan pelbagai tema yg menarik diilhamkan oleh unit kebudayaan UPM sendiri. Sebagai contoh, tema MTP pada edisi kali ini ialah, berkonsepkan Cerita Rakyat seperti Pak Pandir, Batu belah batu bertangkup, Si Tanggang, Lebai Malang dan banyak lagi.
Pada masa yang sama, MTP 2012 turut diwarnai dengan tarian Boriah. huhu.

  Kesemua kolej berentap bagi mendapatkan tempat pertama. Syaratnya, gabungan dua kolej menghasilkan sebuah kumpulan bagi mendaftar sebagai satu kumpulan. Antara gandingan kolej yg ditetapkan pada MTP 2012 adalah seperti berikut :

                                     Kolej Muhammad Rashid (KMR) & Kolej 13
                                     Kolej Sepuluh & Kolej Sebelas
                                     Kolej Tun Perak (KTP) & Kolej Kedua (K2)
                                     Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) & Kolej Kelima (K5)
                                     Kolej Tujuh belas (K17)
                                     Kolej canselor (KC) & Kolej Keenam (K6)
                                     Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) & Kolej Sultan Aleauddin Sulaiman Shah (KOSASS)
                                     K16 & K14
                                     K15 & K12

http://www.youtube.com/watch?v=sAy5ktXIFHU&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=vfFNanpbeCg

http://www.youtube.com/watch?v=A7oHN9yxByg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=bZLo_ssB8RE&feature=relmfu

Inilah antara video yg sempat dirakamkan.
Secara kasarnya, keputusan yg diadili oleh juri menyaksikan :

Johan : K13 & KMR
N. Johan : K17
Ketiga : KPZ & K5

 Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana mendatangkan banyak manfaat mengikut pandangan saya.



Tamatnya Orientasi.

Assalamualaikum,, apa khabar semua??. Hope U are in good conditions.

Semenjak 2/9/2012, bergelarlah aku seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yg diketogerikan dalam kelompok pra-siswazah. Dengan berbekalkan keazaman yg tinggi bak gununug Kinabalu, akan kupastikan segulung ijazah kelas pertama kubawa pulang 4 tahun lagi. Pada masa yg sama, aku inginkan sesuatu perubahan drastik terhadap diriku dalam pelbagai aspek kemahiran insaniah (KI).

   Kejuruteraan, ada yg memandang kos ingin sesuatu yg berat dan ada juga yg beranggapan sebaliknya. Mengikut fakta yg dilontarkan daripada para lecturer, peluang pekerjaan semakin kurang bagi bakal-bakal Jurutera selepas bergraduat. Ini disebabkan kelambakkan individu di seluruh IPTA mahupun IPTS dan kolej-kolej swasta sudah mengikuti kos `Engineeering' ini. Walau bagaimanapun, jika ada rezeki, peluang pekerjaan itu sentiasa menanti. Lagi pula kos aq (Kej. Pertanian dan Biosistem) agak 'rare' dalam Malaysia ini sendiri  jikalau hendak dibandingkan dengan mechy, chemical, civil n etc.

    Hmmm, baiklah, aq akan beralih kepada tujuan utama post kali ini yang berkisar tentang orientasi  kami dalm tempoh seminggu. Bagi aku, orientasi sebagai pelajar degree agak seronok daripada sudut pengisiannya, jika ingin dibandingkan dengan orientasi sewaktu Asasi dahulu. Pada asalnya, aku ditempatkan di kolej 10, akan tetapi berpindah ke kolej Tun Perak bagi mengikuti Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS). Di Kolej Tun Perak atau nama ringkasnya KTP, fasilitator amat peramah dan sangat baik.

   Orientasi Universiti melibatkan byk pengisian bermanfaat antaranya majlis ikrar pelajar baharu, ceramah integriti, ceramah keusahwanan dan byk lagi. Sewaktu berkumpul di Dewan Besar, menyaksikan hampir 4000 org pelajar baharu bersorak bagi mewakili kolej masing-masing yang kesemuanya berjumlah 17. Bulu roma seakan-akan berdiri, apabila menyaksikan situasi sedemikian yang agak meriah walaupun secara kasarnya nampak macam huru-hara dan caca marba. huh~~

   Inilah sedikit potret yang bisa menjadi bingkisan kenangan sebagai pelajar baharu UPM sesi 2012/2013 :

pelajar2 puteri KTP

suasana hari pendaftaran

wajah2 Fasilitator

kaum keluarga menghantar dgn pnuh hrapan

wajah ceria siswa baharu


Barisan MTM KTP

Hari angkat sumpah pelajar baharu

siswi memakai pashmina


wajah penuh kesungguhan



apabila sudah tidak than mengantuk


keadaan di luar dewan

ketika waktu malam berhimpun di Dewan

Itu sahaja yang inginku ceritakan. Memori yg terclit di ingatan ini  pasti tidak akan terpadam kerana ianya merupakan memori indah dan manis yg boleh diceritakan kpada anak cucu suatu hri nnt.




*thumbs up to secretariat ICT of Kolej Tun Perak >Pictures resource